Saturday, November 12, 2011

Muridku,

Hidup ini bukan sekadar senda gurau atau main-main. Tetapi hidup ini ada tujuan yg jelas, sejelas matahari pada hari tanpa awan.

Manusia yg cerdik seharusnya mengetahui tujuan hidup yang sementara ini. Sebaliknya manusia yang bodoh dan tolol tidak mengambil berat tentang tujuan hidup yang sebenar.

Tujuan hidup telah ditentukan oleh Pencipta Yang Maha Mengetahui dan Maha Bijaksana.

"Dan tidak aku jadikan jin dan manusia KECUALI untuk menyembahKu" - ( surah adz dzariat ayat 56.)

"Bukankah Aku telah perintah wahai bani Adam agar kamu jangan menyembah syaitan, sesungguhnya syaitan itu musuh yg nyata bagi kamu. Dan hendaklah kamu menyembahKu, inilah jalan yang lurus.." ( surah yasiin ayat 60 -61)


Hidup ini bertujuan untuk menyembah Allah, bukan menyembah syaitan!

Menyembah Allah bermakna kita menjadikan seluruh kehidupan ini untuk mencari keredaanNya semata..

"Sesungguhnya solatku, ibadahku, hidupku dan matiku hanya untuk Allah, Rabb (Tuhan yg memelihara dan mentadbir) seluruh alam..."
(surah al an'am ayat 162)

Untuk menjadikan seluruh kehidupan ini medan menyembah Allah, kita hendaklah sentiasa mengingatiNya, melaksanakan apa yang diperintahkanNya dan menjauhi segala laranganNya.

Rebutlah kesempatan masa yg diberikanNya untuk mengumpul pahala sebanyak mungkin.

Amat rugilah jika masa yg berlalu disia-siakan dgn perkara yang tidak mendatang pahala, apatah lagi jika kita isikan dengan aktiviti yang dimurkaiNya...na'uzubillahi min zaalik....

Wednesday, December 08, 2010

MUQADDIMAH

إنَّ الحمْدَ للهِ نَحْمَدُهُ ونستعينُ بهِ ونَستَغْفِرُهُ، ونعوذُ باللهِ من شرورِ أنفُسِنا وسيِّئاتِ أعمالِنا من يهْدِهِ اللهُ فلا مضل له ، ومن يُضْلِلْ فلا هاديَ له. وأشهد أن لا إلهَ إلاّ اللهُ وحدَهُ لا شريكَ له. وأشهَدُ أنَّ مُحمَّداً عبْدُهُ ورَسولُهُ، صلَّى اللهُ عَلَيهِ وعلى آلهِ وَصَحْبِهِ وسَلَّم.

Segala puji hanya bagi Allah. Kita memujiNya, kita memohon keampunan dan pertolongan dariNya. Kita memohon perlindungan dari Allah `Azza wa Jalla, dari kejahatan amalan-amalan buruk dan hawa nafsu kita.

Barangsiapa yang diberi petunjuk oleh Allah, maka tidak ada yang menyesatkannya. Dan barangsiapa yang disesatkanNya maka tidak ada yang memberi petunjuk. Aku bersaksi bahawa tiada Ilah yang berhak disembah melainkan Allah semata-mata, yang tiada sekutu bagiNya. Dan aku bersaksi bahawa Muhammad ialah hamba dan pesuruhNya . Semoga selawat dan salam Allah untuk keluarga Nabi dan semua para sahabatnya yang mulia.

يَاأَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا اتَّقُوا اللَّهَ حَقَّ تُقَاتِهِ وَلاَ تَمُوتُنَّ إِلاَّ وَأَنْتُمْ مُسْلِمُونَ

‘Hai orang-orang yang beriman, bertaqwalah kepada Allah sebenar-benar taqwa kepadaNya; dan janganlah sekali-kali kamu mati melainkan dalam keadaan beragama Islam.’
(Ali-’Imran 3:102)

يَااَيُّهَا النَّاسُ اتَّقُوْا رَبَّكُمُ الَّذِى خَلَقَكُم مِنْ نَفْسٍ وَّاحِدَةٍ وَخَلَقَ مِنْهَا زَوْجَهَا وَبَثَّ مِنْهُمَا رِجَـالاً كَثِيْرًا وَنِسَـآءً وَاتَّقُوْا اللهَ الَّذِيْ تَسَـآءَلُوْنَ بِهِ وَاْلاَرْحَـامَ ، اِنَّ اللهَ كَانَ عَلَيْكُمْ رَقِيْبًا

‘Hai sekalian manusia, bertaqwalah kepada Rabbmu (Allah), yang telah menciptakan kamu dari seorang diri (Adam), dan daripadanya (Adam) Allah menciptakan isterinya (Hawa); dan daripada keduanya Allah memperkembangbiakkan lelaki dan perempuan yang banyak. Dan bertaqwalah kepada Allah yang dengan (mempergunakan) namaNya kamu saling meminta satu sama lain, dan (peliharalah) hubungan silaturrahim. Sesungguhnya Allah selalu menjaga dan mengawasi kamu.’
(An-Nisaa’ 4:1)


يَآاَيُّهَاالَّذِيْنَ آمَنُوْا اتَّقُوْا اللهَ وَقُوْلُوْا قَوْلاً سَدِيْدًا ، يُصْلِحْ لَكُمْ اَعْمَالَكُمْ وَيَغْفِرْلَكُمْ ذُنُوْبَكُمْ ، وَمَنْ يُطِعِ اللهَ وَرَسُوْلَهُ فَقَدْ فَازَ فَوْزًا عِظِيْمًا

‘Hai orang-orang yang beriman, bertaqwalah kamu kepada Allah dan katakanlah perkataan yang benar, niscaya Allah memperbaiki bagimu amalan-amalanmu dan mengampuni bagimu dosa-dosamu. Dan barangsiapa mentaati Allah dan RasulNya, maka sesungguhnya ia telah mendapat kemenangan yang besar.’
(Al-Ahzaab 33:70-71)

أما بعد،
فإنَّ أصدَقَ الحَديثِ كِتَابُ اللهِ تعالى، وخَيرَ الهَدْيِ هَدْيُ مُحَمدٍ صلى الله عليه وعلى آله وصَحْبِهِ وسلَّمَ، وشَّرَّ الأمورِ محدثاتُها، وكُلَّ مُحْدَثَةٍ بِدْعَه وكُلَّ بدعةٍ ضلالةٌ، وكُلَّ ضلالَةٍ في النار.

Sesungguhnya perkataan yang paling benar adalah Kitab Allah (al-Qur’an) dan sebaik-baik petunjuk adalah petunjuk Muhammad (). Seburuk-buruk perkara adalah muhdathaat (perkara yang diada-adakan dalam din, dan setiap yang diada-adakan (dalam din) adalah bid’ah; dan setiap bid’ah itu dhalaalah (sesat), dan setiap dhalaalah itu di dalam api neraka.