Saturday, November 12, 2011

Muridku,

Hidup ini bukan sekadar senda gurau atau main-main. Tetapi hidup ini ada tujuan yg jelas, sejelas matahari pada hari tanpa awan.

Manusia yg cerdik seharusnya mengetahui tujuan hidup yang sementara ini. Sebaliknya manusia yang bodoh dan tolol tidak mengambil berat tentang tujuan hidup yang sebenar.

Tujuan hidup telah ditentukan oleh Pencipta Yang Maha Mengetahui dan Maha Bijaksana.

"Dan tidak aku jadikan jin dan manusia KECUALI untuk menyembahKu" - ( surah adz dzariat ayat 56.)

"Bukankah Aku telah perintah wahai bani Adam agar kamu jangan menyembah syaitan, sesungguhnya syaitan itu musuh yg nyata bagi kamu. Dan hendaklah kamu menyembahKu, inilah jalan yang lurus.." ( surah yasiin ayat 60 -61)


Hidup ini bertujuan untuk menyembah Allah, bukan menyembah syaitan!

Menyembah Allah bermakna kita menjadikan seluruh kehidupan ini untuk mencari keredaanNya semata..

"Sesungguhnya solatku, ibadahku, hidupku dan matiku hanya untuk Allah, Rabb (Tuhan yg memelihara dan mentadbir) seluruh alam..."
(surah al an'am ayat 162)

Untuk menjadikan seluruh kehidupan ini medan menyembah Allah, kita hendaklah sentiasa mengingatiNya, melaksanakan apa yang diperintahkanNya dan menjauhi segala laranganNya.

Rebutlah kesempatan masa yg diberikanNya untuk mengumpul pahala sebanyak mungkin.

Amat rugilah jika masa yg berlalu disia-siakan dgn perkara yang tidak mendatang pahala, apatah lagi jika kita isikan dengan aktiviti yang dimurkaiNya...na'uzubillahi min zaalik....